Budak IT yang hardcore

Sunday, November 28, 2010

Ajoi seorang pekerja IT yang hardcore, satu hari dia terlambat datang ke ofis.

Ajoi : (mengetuk pintu) “Selamat pagi, boss. Maaf, saya terlambat.”
Boss : “Ya, silakan masuk. Kenapa lambat?”
Ajoi : (duduk di kerusi yang terletak di depan meja bossnya) “Habis booting, boss.”
Boss : “aaaaa?………..baru bangun tidur ke maksudnya?”
Ajoi : “Yes, boss!”
Boss : “Sudah! Sekarang keluarkan assignment semalam!”

Ajoi : “Loading……… (sambil membongkar begnya) Satu file dijumpai! Nasib baik tak didelete ke recycle bin.”
Boss: “Kenapa kamu ni cakap bukan-bukan?”
Ajoi : “Pelik camana boss ? Saya belum lagi crash! Nanti boss merestart saya, lagi!”
Boss : “Pelik betul cakap-cakap kamu ni….”
Ajoi : “Tidak apa-apa, boss. Semalam saya kena buffering screen. Baru buat refreshing hardware.”
Boss : “Baik kamu ke klinik, check kesihatan.”
Ajoi : “Okey, boss. Enter!, saya sign out dulu yek”

Di klinik….

Doktor : “Ada apa, Encik?”
Ajoi : “Saya di command prompt boss saya ke sini.”
Doktor : “Haah?? di apa??”
Ajoi : “Dicommand prompt, doktor! Beliau kata saya error.”
Doktor : “Haah?? Error??”
Ajoi : “Iya, Doktor! Jangan-jangan beliau yang tak pernah update kerana CPU tidak connect ke internet. atau selalu saja hang, doktor”
Doktor : “Apasal kamu ni? Cakap yang bukan-bukan? ”
Ajoi : “Oh sheet! Motherboard!! LAN it!!! Bit!!!!”
Doktor : “Kamu memaki saya ker?”
Ajoi : “La ih doktor ni … doktor yang spam!!!!! Gaya dah la macam trojan.exe!!!!!!”
Doktor : “Berani kamu marah saya? Keluar dari klinik saya ni!”
Ajoi : “Eh… doktor…. tolong cancel, doktor!!!!Nanti saya dideny access oleh boss saya… !”



STPM : Harapan veteran kepada Generasi Ke-3

Friday, November 26, 2010

Assalamualaikum wbt..


“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”



 
Salam perjuangan buat adik-adikku, pelajar tingkatan 6 Atas SMK(A) Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka yang sedang berhadapan dengan Perang Kertas STPM.

Segala usaha telah adik-adik laksanakan, keringat yang menitis tidak adik-adik hiraukan, hari-hari yang kalian lalui dibiarkan leka menatap wajah buku, segala pengorbanan hanyalah semata-mata demi pencarian ilmu milik Yang Esa. Siang malam adik-adik berdoa, agar ditingkatkan kefahaman, dipermudahkan urusan, dikuatkan ingatan, dianugerahkan kejayaan yang gilang-gemilang.

Dan kini, tiba ketikanya saat adik-adik bertawakal, menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi setelah syarat lengkap kejayaan iaitu, usaha dan doa diselesaikan. Moga-moga impian yang disertai dengan iringan doa adik-adik, ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan ingin melihat secangkir kejayaan menjadi nyata.

Kami dari barisan veteran amat mengharapkan agar adik-adik, Generasi ke-3 menghadiahkan sebutir mutiara kejayaan kepada sekolah, seiring kebangkitan Islam di Bumi Hang Tuah ini.. TAKBIR!!

Taktik & Strategi, contohi sunnah Baginda SAW..

Thursday, November 25, 2010

Pembuka bicara, Assalamualaikum wbt..
Antara sunnah Baginda SAW yang sentiasa menjadi rujukan dan teladan hingga ke hari ini ialah taktik dan strategi yang digunapakai oleh Baginda SAW dan para sahabat dalam peperangan yang mereka sertai. Antaranya ialah:-


Taktik Menunggu Musuh :
  • Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :
  • Digunakan dalam Perang Badar.
  • Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
  • Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit :
  • Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
  • Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
  • Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah.
  • Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
  • Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :
  • Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
  • Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
  • Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
  • Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
  • Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
  • Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :
  • Digunakan sewaktu Perang Khandak.
  • Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
  • Musuh akhirnya tewas.

Sekadar peringatan untuk diri dan sahabat-sahabat, hidup yang berwawasan perlu kepada strategi. Matlamat tanpa strategi adalah sia-sia, strategi tanpa gerak kerja yang bersungguh-sungguh juga tidak bererti.

Hidup yang berwawasan perlukan 'MATLAMAT' yang jelas, 'STRATEGI' yang tersusun, dan 'GERAK KERJA' yang bersungguh, juga disertai dengan 'DOA' dan 'TAWAKAL' kepadaNYA.. Moga kita semua dapat menjalani sebuah kehidupan Muslim yang berwawasan, segalanya keranaNYA.


إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan menguruskan seluruh alam”.

Majlis Perasmian.

Wednesday, November 24, 2010

Assalamualaikum wbt..

Segunung impian, setinggi harapan tuan rumah agar blog ini dapat berkongsi bahan bermanfaat bersama-sama pengunjung. Sebarang kritikan amatlah dialu-alukan agar proses penambahbaikan dapat berjalan lancar. Tuan rumah juga amat merindukan sebarang cadangan dari sahabat-sahabat sama ada dari segi pengisian, mahupun dekorasi blog ini, al maklum, kami budak baru belajar..

Cukup setakat ini sebagai perasmian, tuan rumah dahulukan pengisian blog dengan lafaz yang mulia, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Wassalam..

~Tuan Rumah, =)~